Assalamualaikum.
Seperti yang Mummy janjikan, Mummy nak share resepi CHICKEN MANDI RICE. Ni menu berbuka pada 1 Ramadhan keluarga Mummy.
Yang pertama, sediakan Mandi Spices;
MANDI SPICES.
3 tsp Biji ketumbar
2 tsp Jintan putih
1 tsp Lada hitam
1/2 tsp Bunga cengkih
1/2 tsp Buah pala
1 pc Buah pelaga hitam
4 pcs Buah pelaga hijau
2 pcs Kayu manis (1.5 inci x 2)
Buah pelaga hijau tu yang biasa kita gunakan dalam masakan. Manakala buah pelaga hitam, Mummy tak letak sebab tiada dalam simpanan.
Kesemua di atas di sangai terdahulu sehingga berbau wangi. kemudian masukkan kesemuanya ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus menjadi rempah. Ok, siap rempah Mandi. Asingkan 1 tbsp untuk nasi, dan selebihnya untuk marinate ayam.
CHICKEN MARINATE
Seekor ayam yang di potong kepada 4 bahagian. Bersihkan dan keringkan.
*Mandi spices yang di asingkan untuk marinate ayam.
*1.5 tsp Garam
*1/2 tsp Serbuk kunyit
*1.5 tsp Serbuk paprika
*1 tsp Serbuk cili
*2 tbsp Jus lemon
*3 tbsp Yogurt asli
*2 tbsp Minyak zaitun
*1 inci Halia (di tumbuk lumat)
*4 biji Bawang putih (di tumbuk lumat)
Bahan-bahan * jadikan ia paste dan kemudian gaulkan rata kepada 4 keping ayam tadi. Setelah itu perap selama 30 minit.
Sementara menanti ayam di perap, kita prepare beras pula. Biasanya untuk masakan Arab seperti Mandi, Biryani, kita gunakan Beras Basmathi. Harini Mummy guna beras basmathi Faiza. Mummy basuh 4 pot beras dan kemudian rendam ia. Biarkan dulu beras ni dok tepi dendiam berendam ye.
Setelah ayam diperap selama 30 minit sekurang-kurangnya (the longger the better), ayam ni akan dikukus. Masukkan 1.5 liter air kedalam periuk kukusan. Kemudian masukkan ayam perapan tadi bersama 1 keping Bay leaves ke dalam periuk untuk di kukus. Mulakan mengukus ayam perapan selama 30 minit atau sehingga masak.
Setelah ayam masak, alihkan ayam ke dalam oven untuk di bakar. Sebelum tu, minyakkan permukaan ayam dahulu supaya permukaannya tidak kering semasa proses pembakaran. Panaskan oven 200C. Setelah oven panas, bakar ayam tadi selama 15 minit.
Jika tiada oven, boleh juga ayam ini di grill di atas non -stick pan bersama sedikit minyak zaitun untuk garingkan permukaan ayam tadi.
MANDI RICE
Toskan beras basmathi yang direndam tadi.
*Air dari kukusan ayam tadi, akan digunakan sebagai stok untuk masak Nasi Mandi dengan sukatan 1 3/4 pot air stok kukusan ayam, untuk 1 pot beras.
1 biji sedang Bawang merah (di dadu)
2 biji Bawang putih (di cincang)
1 tbsp Mandi Spices
1 pc Bay leaves
1 pc Dry lemon (optional)
1 tbsp Garam (anggaran)
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan di dalam periuk non-stick. Kemudian masukkan beras yang telah di toskan tadi. Tumis sebentar. Kemudian masukkan * air stok kukusan ayam mengikut sukatan yang diberikan di atas. Masukkan pula Mandi spices, Bay leaves, Dry lemon dan Garam. Gaul bagi rata. Air untuk masak nasi haruslah terasa garamnya, macam buat sup.
Besarkan api dapur dan biarkan air nasi menggelegak. Tudung periuk tidak perlu di tutup buat masa ni. Setelah air nasi menggelegak, kecilkan api dapur dan tutup tudung periuk. Biarkan nasi masak dalam 15 minit atau sehingga masak.
Bila nasi dah masak, bancuh 1 tsp serbuk safron dengan 2-3 tbsp air mawar untuk di titis-titiskan ke atas nasi. Ini optional. Jika taknak letak pun takpe.
Kemudian kacau nasi supaya ia masak dengan rata. Kacau dengan hati-hati supaya nasi tidak patah. Tutup tudung periuk dan masak lagi dalam 10 minit.
Okay, nasi dan ayam kita dah pun siap di masak. Mummy suka nasi ditaburi dengan bawang dan kismis goreng. Chicken Mandi Rice ni sesuai di hidang bersama Garlic Sour Sauce.
Mummy harap, resepi ni mudah di fahami. Feel free untuk bertanya di ruangan komen. In shaa Allah Mummy sedia membantu.
Selamat mencuba.