Mummy nak share resepi berbuka hari ini iaitu CHICKEN CARBONARA CHEESE ROLL. Rasa dia cheesy dan creamy. Memang setiap tahun, ni antara menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa keluarga Mummy. Favourite Imran ni. Kalau buat menu ni memang kat dia je habis banyak. Lets check it out resepi dan cara membuatnya ye.
Bahan-bahan:
1 biji besar Bawang Holland (didadu)
2 ulas Bawang putih (dicincang)1 peket 400gm Ayam cincang Ayamas
125 gm Cream cheese Tatura
1 tin Sos Prego Carnonara. Tapi harini Mummy guna Cheese & Herbs
1/2 tin Button mushroom (dihiris)
3-4 sudu makan Tepung gandum
Garam dan lada hitam secukup rasa
Kulit popia size besar secukupnya
Cara-caranya:
1. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu kekuningan. Kemudian masukkan Ayam cincang. Tumis hingga ayam kecut. Tambah sedikit air. Sedikit je tau.
2. Masukkan cream cheese. Gaul rata. Wow bau cheese tu menyelerakan betul.
3. Masukkan pulak sos Prego. Kalau tiada carbonara, boleh guna cheese and herbs atau mushroom soup Cambell. Tambah air sikit dalam 1/4 tin Prego tu supaya permukaan kuali tidak berkerak. Gaul rata.
4. Masukkan button mushroom dan masak seketika. Jangan lupa di kacau-kacau masakan tu ye. nanti hangus berkerak pula kuali tu.
5. Sebelum masukkan tepung gandum masukkan lada hitam dalam sesudu kecil. Kemudian masukkan garam jika perlu. Pastikan rasa dulu sebelum masukkan garam. Sos tu dah ada garam. Mana yang tak kuat masin, rasa masin dari sos tu dah memadai dan tak perlu tambah garam dah. Tapi kalau uolls rasa tak cukup, boleh la tambah garam ikut selera masing-masing.
6. Akhir sekali masukkan tepung gandum sesudu demi sesudu. Kacau rata supaya tiada tepung yang bergumpal. Tujuan masukkan tepung ialah untuk mengentalkan Chicken Carbonara Cheese ni. Ianya perlu betul-betul kental dan tidak watery. Jika tidak cukup kental, nanti roll akan cepat soggy selepas di goreng. Tak best makan roll yang tak rangup.
7. Setelah siap, asingkan ke dalam mangkuk dan sejukkan sebelum digunakan untuk digulung.
8. Setelah sejuk, boleh mula menggulung inti dalam kulit popia. Inti ni dapat lebih kurang 22 biji.
Inilah resepi yang diberi nama Chicken Carbonara Cheese Roll. Sesuai untuk hidanganm berbuka puasa, rumah terbuka, minum petang dan apa saja keadaan. Mummy harap uolls suka menu ni sebab ianya senang dibuat dan sedap rasanya.







No comments:
Post a Comment