Sunday, 17 February 2019

Mee Daging


Happy Dinner uolls 😘




Mr. Daddy request nak makan MEE DAGING. Dalam simpanan Mummy ada daging salai yang di simpan dalam freezer. Keledek pun ada, kentang pun ada. Ok set, on.

Jom Mummy share macam mana Mummy buat mee daging ni. Resepi ni Mr. Daddy yang jumpa di FB dah lama dulu. Mummy pun tak ingat dari siapa empunya resepi. Apa pun Mummy ucapkan terima kasih dan moga dilimpahi pahala yang melimpah ruah. Resepi ni Mummy dah alter ikut selera keluarga Mummy. Tapi basicnya tetap sama.

Di bawah, bahan-bahan dan cara pembuatan nya sekaligus.

OK Start.

Memula rebus daging seketul yang berat dalam 200gm lebih kurang.

Rebus juga dalam periuk yang berasingan,
1 biji Keledek oren
2 biji Kentang
Keledek dan kentang ni potong kuib-kiub ye. Dah empuk, toskan dan blend hingga hancur. Jangan letak air banyak-banyak dalam blender. Cukup sekadar blender boleh jalan.

Kemudian,
1 biji Bawang Holland
1 biji Bawang Besar
6 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
2 biji Tomato (potong dadu)

Hiris bahan-bahan di atas, tumis sampai wangi kecuali tomato. Bila dah wangi dan layu-layu, masukan tomato. Tumis tomato juga hingga layu. Kemudian masukkan dalam blender dan blend. Juga jangan letak air banyak sangat, cukup sekadar blender boleh jalan.

Bila dah blend bahan tumisan tu, masuk semula dalam periuk yang dah dipanaskan minyak.

Masuk sekali,
Keledek dan kentang yang dah blend,
Masuk juga 2 sudu besar CILI BOH, kalau nak pedas lagi boleh tambah ye. 
Juga air rebusan daging. Sebab kuah ni makin lama makin memekat.

Masukkan,
1 keping Asam keping
1 tin Tomato Soup
5 sudu besar Susu Pekat
Garam, gula, perasa secukup rasa

Bila dah masuk suma bahan ni, termasuk dah cukup rasa semua, masak hingga menggelegak. Kalau kuah memekat, tambah air rebusan daging tu. Reneh hingga keluar minyak. Bila dah nampak cam oily-oily tu dah jadi lah tu.

Untuk garnishing, hiris daging yang rebus tadi, tauhu goreng, sawi celur, togeh celur, telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.




Mee pula Mummy guna mee tarik brand Fat Boi. Mee ni setahu Mummy, boleh dapat di Giant atau Tesco. Pendapat Mummy, mee daging ni lebih sedap di makan dengan mee tarik ni berbanding mee kuning. Tapi terpulang pada uolls. Mana-mana pun boleh asal suka.




Selamat mencubaπŸ˜„

Sayur Jeruk Asin Tumis

Time for lunch 😍




Untuk lunch harini Mummy masak Asam Pedas Ikan Parang dan Sayur Jeruk Tumis. Sayur jeruk ni paling best dipadankan dengan Asam Pedas which kita masak sekali dalam asam pedas tu. Iman dan Ainna, kalau Mummy masak asam pedas daging campur sayur jeruk, owh bukan main berselera makannya. Bertambah-tambah nasi.




Resepi Sayur Jeruk Tumis ni simple je caranya,

Bahan-bahan:
1 peket Sayur Jeruk
1 biji Bawang besar
6 ulas Bawang putih
1 biji Cili masak
3 biji Cili padi (jika tak suka pedas, tak perlu guna)
10 ekor Udang sedang (dibuang kulit dan di belah belakang badannya)
Segenggam Ikan bilis
Air secukupnya

Cara-caranya:
Sebelum memulakan tugas, basuh dah rendam sayur jeruk tu dulu. Kemudian boleh mula kan dengan prepare bawang-bawang dan cili-cili untuk di hiris. Kemudian, goreng dulu ikan bilis hingga garing dan simpan tepi dulu.

Buang air rendaman sayur jeruk tadi, basuh dan bilas. Sayur jeruk ni agak besar dan lebar. Jadi kita boleh potong jadi 2 bahagian di mana potong bahagian tengahnya dahulu. Kemudian mula potong bahagian batang sayur nipis-nipis. Agak-agak dalam 2-3cm lebarnya. Kemudian potong bahagian daun sedikit lebar dalam 5cm. Setelah siap potong asingkan bahagian batang dan daun. Basuh dan bilas hingga bersih dan simpan tepi.

Mulakan dengan tumis bawang merah, bawang putih dan cili ke dalam kuali dengan minyak yang secukupnya (dalam 4-5 sudu besar). Tumis hingga naik bau, bila dah naik bau, masukkan udang yang dah dikopek kulitnya dan dibersihkan. Tumis hingga udang masak.

Setelah udang masak, masukkan dahulu bahagian batang sayur jeruk. Masukkan juga sedikit air untuk melembutkan bahagian batang. Dalam agak-agak batang dah 3/4 masak, masukkan pula bahagian daun. Masak hingga lembut. Jika kedua-dua bahagian belum lembut, boleh la ditambah lagi dengan sedikit air. Kacau-kacau supaya masaknya merata. Masukkan sekali perasa jika guna.

Setelah lembut, boleh lah dihidang lauk sayur jeruk tumis di dalam bekas hidangan. Akhir sekali ditaburkan dengan ikan bilis yang digoreng tadi. Mummy seorang yang tak berapa pemasin. Pada Mummy sayur jeruk ni dah cukup masin, jadi takda lah Mummy tambah garam. Mummy basuhnya pun berkali-kali. Selain dari bersih, boleh kurangkan rasa garam sekali.

Mummy harap resepi lauk yang simple ni menepati citarasa penggemar sayur jeruk asin ye. 😊

Tauhu Kelepet


Assalamualaikum dan Hello 😍

Harini Mummy nak share resepi pertama dalam blog ni. Resepi ni Mummy buat beberapa hari yang lalu.

Al kisahnya, Ainna beli tauhu kering yang guna untuk mee kari atau tauhu begedil tu. Tak tau la dia nak buat apa. Disebabkan sejak kerja ni Ainna selalu busy, mungkin dia lupa atau tak sempat nak buat apa yang di hajati. Mummy risau nanti lama-lama rosak, so Mummy pun buat la TAUHU KELEPET ni. Jom tengok macam mana kaedahnya Tauhu Kelepet ni.

Bahan2 :-
Beberapa biji Tauhu Kering
300g - 400g Udang M (buang kulit)
1-2 keping Isi Ikan Pollock (ikan lain pun boleh)
1 biji Telur
Daun bawang
Carrot
Black fungus
Lada hitam
Garam
Serbuk stok ayam

Cara2 :-
Mula-mula kita potong suku bahagian tauhu. Kemudian kelepetkan dalam keluar, luar ke dalam. Buat hati2 jangan sampai koyak. Bila tauhu dikelepetkan, akan ada isi tauhu dari bahagian dalam yang menebal di dinding2 tauhu. Jadi kita ratakan sedikit dinding tauhu dengan mengambil isi tauhu yang belebihan untuk dicampur dengan bahan2 buat isi nanti. Sesudah dikelepetkan dan dicantikkan bahagian yang ada isi tauhu berlebihan, susun dalam pinggan.

Sekarang part buat isinya pula. Campur semua bahan selebihnya (udang, isi ikan, daun bawang, carrot, black fungus, telur, lada hitam, garam, serbuk stok ayam) ke dalam food processor. Jangan lupa campurkan sekali lebihan isi tauhu tadi. Blend. Jika tak gemar dengan ikan, boleh dicampurkan dengan isi ayam.

Jika isi tadi agak cair, boleh di campurkan lagi udang atau ikan supaya menjadi sedikit pekat. Kemudian di masukkan isi tersebut kedalam tauhu yang dikelepet tadi. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas hingga kuning keemasan.

Dah jadi Tauhu Kelepet. Sedap dimakan bersama sos cicah. Sos cicah senang je nak buat. Ambil 1-2 bj bawang putih dan bakar sikit. Kemudian tumbuk lumat dan campurkan dengan sos cili thai dan sedikit sos cili biasa. Masukkan sedikit sos ikan dan sedikit cuka untuk memberi rasa yang menarik.

Tauhu Kelepet ni sesuai jadi starter, lauk tambahan. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Bila nak guna keluarkan dan goreng. Pada Ibu-ibu yang sediakan bento buat anak-anak ke sekolah, memang menyenangkan kerja. Ibu senang, anak pun suka.

Saturday, 16 February 2019

Assalamulaikum and Hello

Welcome to my new blog, Mummy's Sugar and Spice.

My name is Zaza. People called me MUMMY. I lived at Pandan Indah, Kuala Lumpur. I am a housewife who takes order for DESSERTS and SAVOURY like TALAM and BROWNIES.

Most of my time busy with my family. Since I have big family which 8 of us (yeah, I am a mother of 6), I always tried recipe where the taste is almost exactly the same as original. Definitely more affordable when it is home cook. Here, I will share my recipe, experience, review, etc about food mostly.

The reason I made this blog:

1. House mom like me will have an idea for their daily meal
2. People have varieties of recipe's to try on
3. People have an idea on places to go (restaurant/stall/etc)

I hope that this blog is useful and you will enjoy reading and trying.

Thank you.


Love,
Mummy 😍😘