Sunday, 17 February 2019

Mee Daging


Happy Dinner uolls ๐Ÿ˜˜




Mr. Daddy request nak makan MEE DAGING. Dalam simpanan Mummy ada daging salai yang di simpan dalam freezer. Keledek pun ada, kentang pun ada. Ok set, on.

Jom Mummy share macam mana Mummy buat mee daging ni. Resepi ni Mr. Daddy yang jumpa di FB dah lama dulu. Mummy pun tak ingat dari siapa empunya resepi. Apa pun Mummy ucapkan terima kasih dan moga dilimpahi pahala yang melimpah ruah. Resepi ni Mummy dah alter ikut selera keluarga Mummy. Tapi basicnya tetap sama.

Di bawah, bahan-bahan dan cara pembuatan nya sekaligus.

OK Start.

Memula rebus daging seketul yang berat dalam 200gm lebih kurang.

Rebus juga dalam periuk yang berasingan,
1 biji Keledek oren
2 biji Kentang
Keledek dan kentang ni potong kuib-kiub ye. Dah empuk, toskan dan blend hingga hancur. Jangan letak air banyak-banyak dalam blender. Cukup sekadar blender boleh jalan.

Kemudian,
1 biji Bawang Holland
1 biji Bawang Besar
6 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
2 biji Tomato (potong dadu)

Hiris bahan-bahan di atas, tumis sampai wangi kecuali tomato. Bila dah wangi dan layu-layu, masukan tomato. Tumis tomato juga hingga layu. Kemudian masukkan dalam blender dan blend. Juga jangan letak air banyak sangat, cukup sekadar blender boleh jalan.

Bila dah blend bahan tumisan tu, masuk semula dalam periuk yang dah dipanaskan minyak.

Masuk sekali,
Keledek dan kentang yang dah blend,
Masuk juga 2 sudu besar CILI BOH, kalau nak pedas lagi boleh tambah ye. 
Juga air rebusan daging. Sebab kuah ni makin lama makin memekat.

Masukkan,
1 keping Asam keping
1 tin Tomato Soup
5 sudu besar Susu Pekat
Garam, gula, perasa secukup rasa

Bila dah masuk suma bahan ni, termasuk dah cukup rasa semua, masak hingga menggelegak. Kalau kuah memekat, tambah air rebusan daging tu. Reneh hingga keluar minyak. Bila dah nampak cam oily-oily tu dah jadi lah tu.

Untuk garnishing, hiris daging yang rebus tadi, tauhu goreng, sawi celur, togeh celur, telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.




Mee pula Mummy guna mee tarik brand Fat Boi. Mee ni setahu Mummy, boleh dapat di Giant atau Tesco. Pendapat Mummy, mee daging ni lebih sedap di makan dengan mee tarik ni berbanding mee kuning. Tapi terpulang pada uolls. Mana-mana pun boleh asal suka.




Selamat mencuba๐Ÿ˜„

No comments:

Post a Comment