Friday, 1 May 2020

Pulut Panggang

Dalam freezer ada inti kelapa untuk cucur badak. Jadinya, pada Ramadhan ke 5 tempoh hari, Mummy buat Pulut Panggang. Bila buat Pulut Panggang ni, mesti teringatkan arwah bapa mertua Mummy yang suka betul makan Pulut Panggang. Setiap kali buat, mesti anak-anak kata, "ingat tak atok suka betul Pulut Panggang Mummy ni". Ye, memang arwah suka sangat. Bila Mummy buat, mesti Mummy akan hantarkan untuk beliau. Tersenyum Mummy bila beliau makan dan memuji-muji kata sedap.

Pulut Panggang ni bukan saja kegemaran arwah bapa mertua Mummy, malah menjadi kegemaran seisi keluarga besar Mummy juga. Mana tak suka bila Mummy dia buat Pulut Panggang yang gemok dan penuh dengan inti. Puas dimakan.

Meh Mummy share resepi dan cara membuatnya:


Inti kelapa:
A)
15 gm Cili kering
40 gm Bawang putih
25 gm Bawang merah
1/2" Kunyit hidup
2 batang Serai
1/2 tbsp Jintan manis
50 ml Air

B)
50 gm Udang kering
100 gm Gula
1/2 tbsp Garam
1/2 tsp Stok ayam

C)
500 gm Kelapa parut

Bahan-bahan (A) di atas ni di blend hingga lumat. Setelah lumat, tumis dalam minyak. Tumis hingga garing. setelah garing, masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan semua bahan (B). Gaul rata semua bahan. Setelah itu, masukkan (C) kelapa parut. Gaul rata hingga masak dan kering. Kemudian, boleh masukkan dalam bekas dan sejukkan sebelum digunakan. Inti ni boleh simpan dalam freezer jika tidak digunakan. 

Pulut:
3 cup Beras pulut
1 cup Santan Kara
2 cup Air
1 tsp Garam
2 tbsp Minyak

Beras pulut dibasuh bersih dan di rendam dahulu selama sekurang-kurangnya 4 jam. Tapi, jika guna beras pulut siam, 1-2 jam rendam dah memadai. Setelah rendam, toskan airnya. Masukkan beras pulus yang ditoskan tadi ke dalam bekas dan campurkan sama santan, air, minyak dan garam. Gaul rata semuanya. Kemudian, tuang ke dalam bekas untuk di kukus selama 25 minit. Setelah 25 minit, tutup api kukusan dan keluarkan pulut yang dah kembang tadi.

Cara buat:

Daun pisang secukupnya diperlukan untuk buat pulut panggang ni. Biasanya Mummy tak potong-potong pun daun pisang tu. Mummy biarkan aja panjang. Setelah gulung baru Mummy potong. Tapi sebelum guna daun pisang tu, jangan lupa bersihkan dulu ye.


Untuk mula membuat, Mummy ambil dalam separuh senduk pulut, letakkan di atas daun pisang dan Mummy leperkan. Mummy guna senduk nasi plastik supaya pulut tidak melekat di senduk bila mencedok. Jika guna senduk atau sudu besi, nanti pulut akan melekat-lekat.

Setelah leperkan pulut ke atas daun pisang, Mummy letak dalam 2 tsp Inti ke atas pulut dan ratakan. Kalau uolls nak inti lagi banyak boleh la tambah lagi. Ikut selera masing-masing ye. Setelah si ratakan inti atas pulut, dah boleh gulung daun pisang tu. Jangan gulung banyak lapisan sangat. Cukup sekadar 1-2 lapis je. Gulung dengan ketat dan kemas. Kemudian, stapler kiri dan kanan daun pisang tu. Adjust la panjang daun pisang tu ikut panjang mana pulut panggang uolls nak.


Inti dan pulut ni boleh dapat dalam 22 biji Pulut Panggang. Ikut gemok mana Pulut Panggang yang uolls buat. Pulut Panggan yang dah siap digulung, bolehlah di bakar atas kuali leper dengan sedikit minyak. Bakar hingga daun pisang tu layu.

Dah siap pun Pulut Panggang uolls. Boleh buat juadah berbuka. Hantar la sikit kat jiran dan mak mertua ye.mesti mereka suka In shaa Allah. Selamat mencuba resepi ni ye.

Kuih Bakar Kemboja

Assalamualaikum semua.

Harini Mummy nak share resepi Kuih Bakar Kemboja. Kuih yang Mummy buat untuk berbuka puasa harini. Adunan ni dapat la 2 biji kuih bakar guna acuan kemboja pecah 8. Boleh gandakan adunan untuk dapatkan 4 biji ye.



Bahan-bahan:

125 gm Santan Kara
125 gm Gula
1/2 tsp Garam
225 ml Air pandan (blend dengan 4-5 helai daun pandan, tapi dan ambil airnya)
2 biji Telur (gred B)
1/2 tsp Esen vanila
125 gm Tepung gandum
sedikit pewarna kuning telur
Marjerin atau minyak sapi
Bijan

Cara-caranya:

Campurkan santan, gula, garam, air pandan, telur, esen vanila, tepung gandum, dan sedikit pewarna kuning telur ke dalam bekas adunan. Kacau dengan hand whisk supaya adunan sebati dan rata.

Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam blender dan blend bagi halus. Selepas blend, tapis adunan tadi.

Sediakan 2 biji acuan pecah 8. Panaskan atas api dapur, api perlahan. Masukkan dalam sesudu makan marjerin atau minyak sapi ke dalam acuan dan juga masukkan bijan secukupnya.

Kemudian boleh tuang penuh adunan pandan tadi ke dalam acuan tersebut. Masak sebentar sehingga adunan di permukaan tepi acuan sedikit garing. Apabila sudah garing, masukkan ke dalam oven.

Bakar dalam oven suhu 180C sehingga permukaan kuih keperangan.

Sunday, 26 April 2020

Menu dan Tema

Hai uolls, pening kepala apa nak masak untuk berbuka?

Dari Ramadhan pertama lagi, Mummy ni dah pening kepala apa nak dimasak. Ainna bagi idea,"Mummy, apa kata Mummy masak ikut tema" Ikut tema? "Yes, Arabic, Kampung, Japanese, Siam, Korean, Chinese, Western, Indian, Lauk orang kahwin.

Bagus juga idea ni. Tapi boleh ke? Mampu ke? ke? ke? ke?. Hmmmm kita cuba ye sampai mana boleh bertahan dengan tema-tema ni.

Ramadhan pertama, Mummy mulakan dengan tema Arabic di mana Mummy masak Chicken Mandi Rice. Di padankan dengan Garlic sour sauce dan Salsa

Ramadhan kedua pula, Mummy buat gaya Kampung pula iaitu Gulai Cili Padi Daging Salai, Bayam tumis dan Telur Dadar.

Ramadhan ketiga iaitu hari ini, Mummy masak gaya Japanese. Tepanyaki Ayam Daging, Tauge goreng, Bawang putih goreng dan Miso soup. Cuma Miso soup Mummy ni gaya Korea. Boleh lah tu. Menarik kan. Nak buat pun senang.

Untuk Ramadhan seterusnya, belum dipastikan apa tema nya.

Andai Ramdhan ke-empat ni tema Chinese menjadi pilihan, boleh la cuba samada menu Butter Prawn atau Cheese Prawn, Kailan atau Pak Choi oyster sauce, Steam fish, shark fin soup. Hmmm apa lagi, cepat petik jari berfikir menu-menu chinese food.

Mummy harap konsep tema ni, boleh memberi inspirasi buat uolls apa nak masak ye. Ok lah, moga bertemu di lain waktu dengan posting-posting yang lain. Jangan lupa war-warkan blog Mummy ni pada rakan-rakan dan saudara mara uolls ye. Meh follow beramai-ramai.

 Mummy minta diri dulu, anak-anak dah memanggil. Assalamualaikum.

Chicken Carbonara Cheese Roll

Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke-3 buat semua.

Mummy nak share resepi berbuka hari ini iaitu CHICKEN CARBONARA CHEESE ROLL. Rasa dia cheesy dan creamy. Memang setiap tahun, ni antara menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa keluarga Mummy. Favourite Imran ni. Kalau buat menu ni memang kat dia je habis banyak. Lets check it out resepi dan cara membuatnya ye.




Bahan-bahan:

1 biji besar Bawang Holland (didadu)
2 ulas Bawang putih (dicincang)
1 peket 400gm Ayam cincang Ayamas
125 gm Cream cheese Tatura
1 tin Sos Prego Carnonara. Tapi harini Mummy guna Cheese & Herbs
1/2 tin Button mushroom (dihiris)
3-4 sudu makan Tepung gandum
Garam dan lada hitam secukup rasa
Kulit popia size besar secukupnya


Cara-caranya:

1. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu kekuningan. Kemudian masukkan Ayam cincang. Tumis hingga ayam kecut. Tambah sedikit air. Sedikit je tau.


2. Masukkan cream cheese. Gaul rata. Wow bau cheese tu menyelerakan betul.


3. Masukkan pulak sos Prego. Kalau tiada carbonara, boleh guna cheese and herbs atau mushroom soup Cambell. Tambah air sikit dalam 1/4 tin Prego tu supaya permukaan kuali tidak berkerak. Gaul rata.

4. Masukkan button mushroom dan masak seketika. Jangan lupa di kacau-kacau masakan tu ye. nanti hangus berkerak pula kuali tu.


5. Sebelum masukkan tepung gandum masukkan lada hitam dalam sesudu kecil. Kemudian masukkan garam jika perlu. Pastikan rasa dulu sebelum masukkan garam. Sos tu dah ada garam. Mana yang tak kuat masin, rasa masin dari sos tu dah memadai dan tak perlu tambah garam dah. Tapi kalau uolls rasa tak cukup, boleh la tambah garam ikut selera masing-masing.

6. Akhir sekali masukkan tepung gandum sesudu demi sesudu. Kacau rata supaya tiada tepung yang bergumpal. Tujuan masukkan tepung ialah untuk mengentalkan Chicken Carbonara Cheese ni. Ianya perlu betul-betul kental dan tidak watery. Jika tidak cukup kental, nanti roll akan cepat soggy selepas di goreng. Tak best makan roll yang tak rangup.



7. Setelah siap, asingkan ke dalam mangkuk dan sejukkan sebelum digunakan untuk digulung.



8. Setelah sejuk, boleh mula menggulung inti dalam kulit popia. Inti ni dapat lebih kurang 22 biji.



Inilah resepi yang diberi nama Chicken Carbonara Cheese Roll. Sesuai untuk hidanganm berbuka puasa, rumah terbuka, minum petang dan apa saja keadaan. Mummy harap uolls suka menu ni sebab ianya senang dibuat dan sedap rasanya.


Chicken Mandi Rice

Assalamualaikum.

Seperti yang Mummy janjikan, Mummy nak share resepi CHICKEN MANDI RICE. Ni menu berbuka pada 1 Ramadhan keluarga Mummy.



Yang pertama, sediakan Mandi Spices;

MANDI SPICES.

3 tsp Biji ketumbar
2 tsp Jintan putih
1 tsp Lada hitam
1/2 tsp Bunga cengkih
1/2 tsp Buah pala
1 pc Buah pelaga hitam
4 pcs Buah pelaga hijau
2 pcs Kayu manis (1.5 inci x 2)

Buah pelaga hijau tu yang biasa kita gunakan dalam masakan. Manakala buah pelaga hitam, Mummy tak letak sebab tiada dalam simpanan.

Kesemua di atas di sangai terdahulu sehingga berbau wangi. kemudian masukkan kesemuanya ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus menjadi rempah. Ok, siap rempah Mandi. Asingkan 1 tbsp untuk nasi, dan selebihnya untuk marinate ayam.


CHICKEN MARINATE


Seekor ayam yang di potong kepada 4 bahagian. Bersihkan dan keringkan.

*Mandi spices yang di asingkan untuk marinate ayam.
*1.5 tsp Garam
*1/2 tsp Serbuk kunyit
*1.5 tsp Serbuk paprika
*1 tsp Serbuk cili
*2 tbsp Jus lemon
*3 tbsp Yogurt asli
*2 tbsp Minyak zaitun

*1 inci Halia (di tumbuk lumat)
*4 biji Bawang putih (di tumbuk lumat)

Bahan-bahan * jadikan ia paste dan kemudian gaulkan rata kepada 4 keping ayam tadi. Setelah itu perap selama 30 minit. 

Sementara menanti ayam di perap, kita prepare beras pula. Biasanya untuk masakan Arab seperti Mandi, Biryani, kita gunakan Beras Basmathi. Harini Mummy guna beras basmathi Faiza. Mummy basuh 4 pot beras dan kemudian rendam ia. Biarkan dulu beras ni dok tepi dendiam berendam ye.

Setelah ayam diperap selama 30 minit sekurang-kurangnya (the longger the better), ayam ni akan dikukus. Masukkan 1.5 liter air kedalam periuk kukusan. Kemudian masukkan ayam perapan tadi bersama 1 keping Bay leaves ke dalam periuk untuk di kukus. Mulakan mengukus ayam perapan selama 30 minit atau sehingga masak.

Setelah ayam masak, alihkan ayam ke dalam oven untuk di bakar. Sebelum tu, minyakkan permukaan ayam dahulu supaya permukaannya tidak kering semasa proses pembakaran. Panaskan oven 200C. Setelah oven panas, bakar ayam tadi selama 15 minit.

Jika tiada oven, boleh juga ayam ini di grill di atas non -stick pan bersama sedikit minyak zaitun untuk garingkan permukaan ayam tadi.


MANDI RICE

Toskan beras basmathi yang direndam tadi.

*Air dari kukusan ayam tadi, akan digunakan sebagai stok untuk masak Nasi Mandi dengan sukatan 1 3/4 pot air stok kukusan ayam, untuk 1 pot beras.

1 biji sedang Bawang merah (di dadu)
2 biji Bawang putih (di cincang)
1 tbsp Mandi Spices
1 pc Bay leaves
1 pc Dry lemon (optional)
1 tbsp Garam (anggaran)

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan di dalam periuk non-stick. Kemudian masukkan beras yang telah di toskan tadi. Tumis sebentar. Kemudian masukkan * air stok kukusan ayam mengikut sukatan yang diberikan di atas. Masukkan pula Mandi spices, Bay leaves, Dry lemon dan Garam. Gaul bagi rata. Air untuk masak nasi haruslah terasa garamnya, macam buat sup.

Besarkan api dapur dan biarkan air nasi menggelegak. Tudung periuk tidak perlu di tutup buat masa ni. Setelah air nasi menggelegak, kecilkan api dapur dan tutup tudung periuk. Biarkan nasi masak dalam 15 minit atau sehingga masak.

Bila nasi dah masak, bancuh 1 tsp serbuk safron dengan 2-3 tbsp air mawar untuk di titis-titiskan ke atas nasi. Ini optional. Jika taknak letak pun takpe. 

Kemudian kacau nasi supaya ia masak dengan rata. Kacau dengan hati-hati supaya nasi tidak patah. Tutup tudung periuk dan masak lagi dalam 10 minit.

Okay, nasi dan ayam kita dah pun siap di masak. Mummy suka nasi ditaburi dengan bawang dan kismis goreng. Chicken Mandi Rice ni sesuai di hidang bersama Garlic Sour Sauce.

Mummy harap, resepi ni mudah di fahami. Feel free untuk bertanya di ruangan komen. In shaa Allah Mummy sedia membantu.

Selamat mencuba.



Saturday, 25 April 2020

Assalamualaikum 2020


Assalamualaikum.

Salam Ramadhan dari Mummy yang lama menyepi dari posting-posting masakan. Mummy tak wish Happy New Year, terus wish Salam Ramadhan je.

Tahun 2020 adalah tahun yang agak busy buat Mummy. Rutin setiap hari persekolahan, dah pastinya akan ke sekolah untuk lunch mereka sebelum masuk KAFA. Malam pula ialah masa untuk monitor homework anak-anak yang makin bertambah dan revision andai tiada homework pada hari itu. Pada Jumaat dan Ahad, anak-anak ni ada kelas tambahan. manakala pada Sabtu pula, mereka ada kelas swimming. Hmmmm penuh kan jadual Mummy dalam seminggu. Anak-anak ada aktiviti, maka Mummy pun busy juga.

Masa yang di nanti-nanti Mummy ialah masa cuti sekolah. Kenapa? Sebab kurang sikit movement  keluar masuk Mummy. Mula pula MCO dari bulan March 2020 sebab Covid-19 dan masih bersambung hingga ke hari ini. Bahagia sungguh Mummy walau rumah agak huru hara dengan bunyi riuh rendah. Al maklum lah, anak Mummy kan ramai. Tapi jangan ingat anak-anak tak sekolah Mummy boleh relax ye. Guru-guru memberikan murid-murid kerja rumah secara online. Mummy kena lah jadi cikgunya di rumah. Faham-faham lah kalau nak suruh anak ni buat homework di rumah. Banyak alasannya, lapar lah, mengantuk lah, nak pergi toilet lah. Mula la Mummy nak jadi singa jadian. But then effort guru-guru amat Mummy hargai untuk memastikan pelajaran anak-anak ini tidak terputus.

Since Mummy busy dengan anak-anak dan homework mereka, on top of that, phone Mummy pulak boleh tahan nazaknya, so Mummy tak dapat nak jawab any calls. Mummy off FB dan IG buat sementara waktu supaya Mummy boleh focus pada anak. Sampai bila Mummy off FB dan IG, Mummy tak pasti lagi. But then, kalau uolls Whatsapp Mummy, in shaa Allah Mummy akan reply. Cepat atau lambat je, sebab the kids pakai handphone untuk homework mereka.

Mummy juga nak ucap terima kasih pada yang whatsapp Mummy bertanyakan khabar. Alhamdulillah dan terima kasih. Condition Mummy on and off but not so bad. Masih under control. Ada juga yang rindu posting masakan Mummy di FB dan IG. SubhanaAllah terharu Mummy, bila uolls kata masakan Mummy beri inspirasi. Alhamdulillah, tercapai tujuan Mummy.

In shaa Allah, kalau ada masa Mummy akan update resepi-resepi di sini. Mummy akan cuba cari masa yang sesuai untuk uolls. Later, Mummy akan update resepi Chicken Mandi Rice.

Till then, keep in touch ok.

Love,
Mummy Zaza.




Sunday, 12 May 2019

Kek Batik


Kek Batik untuk juadah berbuka puasa harini. Kek batik versi ni, biskutnya masih rangup. Kegemaran Mummy dan keluarga. Yang versi lembut pun Mummy suka juga. Makan sejuk-sejuk memang sedap sekali. 

Di sini Mummy share resepi kek batik ni. Resepi nya Mummy belajar dengan baker favourite Mummy, Evelyn Gemina. Cuma ada sedikit yang Mummy alter ikut tahap manis Mummy di mana Mummy kurangkan manis susu pekat tu. Kalau uolls suka manis, boleh tambah la lagi susu pekatnya.

Kek Batik

1 paket Biskut Marie (Mummy guna brand Munchy. Standard paket ada +-60pcs, patah-patahkan ye)

200gm Butter (Mummy guna Anchor salted)
200gm Susu pekat

230gm Sebuk Milo
2tbsp Serbuk Koko

Cara-cara:
1. Cairkan butter dan susu pekat, dalam periuk yang sesuai. Api kecil je.
2. Bila dah cair masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau hingga sebati. Kacau dalam api yang kecil hingga adunan jadi licin dan sebati. Kacau selalu supaya tak hangit.
3. Bila adunan milo dah sebati dan licin, curah dalam mangkuk berisi biskut marie yang dah dipatah-patahkan tadi. Gaul bagi rata hingga semua bahagian disaluti adunan milo.
4. Tuang dalam loyang 8”x8”x2” yang dah dilapik plastik. Lapis plastik supaya nanti mudah nak bawa keluar kek batik dari loyang. Angkat saja nanti.
5. Mampat-mampatkan biskut tadi hingga rata dan padat di dalam loyang.
6. Boleh hias dengan choc chip atau coklat rice atau amond slice atau apa saja yang berkenan dihati. Boleh juga curahkan dengan coklat ganache. Tak nak hias pun takpe. Boleh je. Mana-mana suka.
7. Simpan dalam peti sejuk hingga kek batik tadi sejuk. Dah sejuk boleh keluarkan, potong dan hidang untuk makan.

Selamat mencuba.