Assalamualaikum semua.
Harini Mummy nak share resepi Kuih Bakar Kemboja. Kuih yang Mummy buat untuk berbuka puasa harini. Adunan ni dapat la 2 biji kuih bakar guna acuan kemboja pecah 8. Boleh gandakan adunan untuk dapatkan 4 biji ye.
Bahan-bahan:
125 gm Santan Kara
125 gm Gula
1/2 tsp Garam
225 ml Air pandan (blend dengan 4-5 helai daun pandan, tapi dan ambil airnya)
2 biji Telur (gred B)
1/2 tsp Esen vanila
125 gm Tepung gandum
sedikit pewarna kuning telur
Marjerin atau minyak sapi
Bijan
Cara-caranya:
Campurkan santan, gula, garam, air pandan, telur, esen vanila, tepung gandum, dan sedikit pewarna kuning telur ke dalam bekas adunan. Kacau dengan hand whisk supaya adunan sebati dan rata.
Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam blender dan blend bagi halus. Selepas blend, tapis adunan tadi.
Sediakan 2 biji acuan pecah 8. Panaskan atas api dapur, api perlahan. Masukkan dalam sesudu makan marjerin atau minyak sapi ke dalam acuan dan juga masukkan bijan secukupnya.
Kemudian boleh tuang penuh adunan pandan tadi ke dalam acuan tersebut. Masak sebentar sehingga adunan di permukaan tepi acuan sedikit garing. Apabila sudah garing, masukkan ke dalam oven.
Bakar dalam oven suhu 180C sehingga permukaan kuih keperangan.

No comments:
Post a Comment